fb fb fb fb fb

NS Fest 2023 sasar 500,000 pengunjung

(Festival kali ini membawa kelainan dengan penglibatan daripada KUSKOP, KPDN
serta Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah)

NILAI, NEGERI, 22 Jun- Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan 500,000 pengunjung bersempena NS Fest 2023 yang bermula hari ini hingga Ahad nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata penganjuran festival itu membuka peluang kepada usahawan, peladang, penternak dan nelayan mengembangkan perusahaan masing-masing.

Tambah beliau, festival kali ini membawa kelainan dengan penglibatan daripada KUSKOP, KPDN serta Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah.

"Pada kali ini bilangan reruai juga bertambah daripada 209 kepada 256. Pada tahun 2022 kita ada 66 berukuran 10x10 tapi kali ini kita ada 88. Arena kita pula bertambah daripada 78 kepada 98 manakala pesta makanan kita tambah dua lagi menjadi 45.

"Bilangan usahawan juga meningkat. 400 usahawan akan bersama-sama dengan kita," kata Aminuddin kepada media di sini.


(Datuk Seri Aminuddin berkata NS Fest 2023 sasar 500,000 pengunjung)

Media Baharu