fb fb fb fb fb

NRECC siap siaga berdepan ancaman cuaca El Nino

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah bersiap siaga lebih awal bagi menghadapi fenomena El Nino yang melanda dunia.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, fenomena cuaca dunia itu dijangka meningkatkan intensitinya bermula hujung tahun ini sehingga awal tahun hadapan.

"Kesan El Nino adalah berbeza mengikut intensiti dan kedudukan sesebuah negara.

Lazimnya, El Nino yang berintensiti tinggi akan memberi impak yang lebih signifikan kepada corak cuaca negara terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) dan musim selepasnya seperti yang berlaku pada tahun 1997-1998 dan 2015-2016," kata Nik Nazmi dalam ucapannya merasmikan Forum Iklim Kebangsaan 2023 bertema ‘Waspada El Nino Hadapi Monsun Timur Laut’ yang diadakan secara maya, hari ini.


(Menteri NRECC, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian dalam ucapannya pada Forum
Iklim Kebangsaan 2023)

NRECC melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering, bertujuan untuk mengemaskini laporan cuaca dan indeks kualiti udara dalam merancang tindakan serta strategi negara berdepan kesan iklim dunia berkenaan.

Antara langkah proaktif yang dilaksanakan termasuk pengaktifan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) dan memperkasa pemantauan komuniti melalui Program Pasukan Pemantau Pencemaran (3P).

 

Media Baharu