fb fb fb fb fb

Nilai dicadangkan sebagai pusat logistik negara

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook / Foto BERNAMA

BANDAR ENSTEK, 23 November-Kementerian Pengangkutan bercadang untuk membangunkan Nilai termasuk Bandar Enstek sebagai pusat logistik negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu dilihat mampu menarik minat banyak syarikat logisitik untuk berpangkalan dan menjalankan operasi mereka sekiranya tapak berkenaan dibangunkan kelak.

Jelasnya, cadangan tersebut telah dibincangkan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

"Kebanyakan syarikat logistik sekarang ini berada di kawasan Shah Alam, Pelabuhan Klang. Tetapi di kawasan sana sekarang memang sudah sesak dan kita ada kelebihan kerana dekat dengan KLIA.

"Dan saya kira bahawa kalau kita boleh bangunkan lagi kawasan ini sebagai satu pusat logistik saya fikir dapat menarik banyak syarikat logisitik untuk melihat kawasan ini sebab kelebihan di sini ialah kita bukan saja dekat dengan lapangan terbang tetapi kita berada dalam jaringan sistem lebuhraya kita di tengah-tengah", katanya demikian kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pusat Pengagihan Pintar Halal Beku Serantau (Smart RHDC) GOLOG di sini.

Tambah beliau, banyak kelebihan yang ada di negeri itu untuk menyokong sektor logisitik termasuk jaringan kereta api.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD