fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 31 Julai-Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat 10.5 mata kepada 1,625, Ogos 2024 dan Disember 2024 bertambah 12.0 mata masing-masing kepada 1,629.0 dan 1,619.0 manakala September 2024 melonjak 11.5 mata kepada 1,611.5.

Jumlah dagangan menokok kepada 12,163 lot daripada 36,953 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 58,462 kontrak daripada 96,386 kontrak.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI meningkat 13.63 mata atau 0.85 peratus kepada 1,625.57 daripada paras penutup 1,611.94 sebelumnya.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM