fb fb fb fb fb

NHMS 2023, penilaian status kesihatan semasa rakyat

BANGI, 14 Julai- Tinjauan Kesihatan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan (NHMS 2023) dilancarkan hari ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata bancian yang bermula Julai hingga September itu bagi memberi gambaran keseluruhan tahap kesihatan masyarakat dengan memantau tren penyakit dan penggunaan perkhidmatan kesihatan.

Sebanyak 36 pasukan akan mengumpul data berdasarkan temubual bersama 21,000 isi rumah di seluruh negara dan penilaian klinikal seperti antropometri, tekanan darah dan kolesterol.


(Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa)

"Kepentingan Tinjauan NHMS 2023 ini dalam membantu KKM untuk menambah baik polisi dan strategi kesihatan bagi membentuk masa depan yang lebih sihat untuk semua rakyat Malaysia.

"Pihak KKM sentiasa komited dalam menangani faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit NCD, selain meningkatkan kualiti perkhidmatan", katanya dalam ucapan perasmian Tinjauan Kesihatan Kesihatan dan Morbiditi atau lebih dikenali sebagai National Health and Morbidity Survey (NHMS).

Dua lagi kajian lagi turut dilaksanakan iaitu Berlemak Berkaitan Disfungsi Metabolisma di Malaysia oleh Institut Kesihatan Umum dan Tinjauan Literasi Kesihatan oleh Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan.

NHMS merupakan tinjauan yang diadakan secara berkala sejak 1986 bagi menilai status kesihatan semasa masyarakat.

Media Baharu