fb fb fb fb fb

Malaysia perkenal pas pelabur strategik

PUTRAJAYA, 14 Julai- Pas Pelabur Strategik (SIP) akan dikeluarkan kepada pelabur dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata menerusi inisiatif itu, pelabur strategik yang dikenal pasti oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dapat tinggal di negara ini untuk sekurang-kurangnya lima tahun sebelum dikaji semula untuk lanjutan selama lima tahun lagi.

“Satu elemen pemerkasaan utama ialah menjadikan Malaysia sebagai agensi promosi penyelarasan pelaburan berdaya saing global pada penghujung 2023.

"SIP memberi kelebihan kepada pelabur untuk memasuki Malaysia dengan asas kemasukan berulang kali (multiple entry). Kelulusan diberikan oleh bank negara," kata Anwar ketika berucap di Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini

Menurut beliau Malaysia juga akan memperkemas agensi penggalakan pelaburannya (IPA), dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerajui langkah itu menjelang akhir tahun ini.

(Datuk Seri Anwar berkata Malaysia perkenal pas pelabur strategik)

Media Baharu