fb fb fb fb fb

NGO perlu maklum PKOB elak pertindihan bantuan banjir

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail / Foto Bernama

TEMERLOH, 17 Oktober - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menghulurkan pelbagai bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Pahang perlu memaklumkan perkara berkenaan kepada Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi tujuan penyelarasan bantuan dan tugas.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.

"Mereka perlu melaporkan kepada PKOB untuk selaras bantuan agar tidak berlaku pertindihan tugas," katanya Datuk Seri Wan Rosdy.

Beliau berkata demikian selepas melawat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang dan SK Mentakab di Temerloh, Pahang.

Dalam perkara berkaitan, menurut Wan Rosdy setakat ini pihaknya belum bercadang untuk memindahkan kampung yang sering dilanda banjir ke lokasi lain.

Perkara itu memerlukan kajian teliti dan proses mencari lokasi sesuai mengambil tempoh panjang.

Trainee2