fb fb fb fb fb

MKN adakan latihan di bangunan Perdana Putra Sabtu ini

Bangunan Perdana Putra / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 17 Oktober - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri mengingatkan orang ramai agar kekal bertenang dengan kehadiran helikopter dan bunyi letupan di sekitar bangunan Perdana Putra di sini pada 8 pagi hingga 2 petang, Sabtu ini.

MKN dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan melaksanakan Latih Amal Keselamatan Negara: Eksesais Megastealth 2024 bertujuan menguji proses evakuasi serta kesiapsiagaan keselamatan di bangunan itu.

“Latih amal itu akan melibatkan empat helikopter iaitu dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat Polis Diraja Malaysia.

"Serta bot Pasukan Polis Marin Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya.

“Bahan letupan dan bom asap juga akan digunakan,” menurut kenyataan itu.

Trainee2