fb fb fb fb fb

NGO Kedah tampil bantu penduduk terjejas banjir di Pahang dan Selangor



PENDANG, 17 Januari - Beberapa pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Kedah mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di negeri Pahang dan Selangor.

Lebih 3 tan metrik bekalan makanan dan barangan keperluan asas akan dihantar ke kedua-dua negeri berkenaan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Pertubuhan Generasi Gemilang Kuala Kedah Datuk Abdul Mutalib Harun berkata, bantuan tersebut meliputi makanan kering, beras, peralatan keperluan diri dan keperluan kanak-kanak.

Kesemua barangan tersebut hasil sumbangan orang ramai kepada penduduk terjejas melalui Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Parlimen Kuala Kedah.

"Inilah antara sumbangan Keluarga Malaysia di kawasan Kuala Kedah ini kepada saudara-saudara kita di negeri-negeri yang terlibat banjir, kita akan salurkan bantuan ini secepat mungkin dalam masa empat atau lima hari. Kita dalam proses ada lagi bantuan ataupun sumbangan yang akan diberikan oleh pihak-pihak NGO dan juga penduduk tempatan," kata Abdul Mutalib selepas menghadiri Karnival Keluarga Malaysia Parlimen Kuala Kedah disini.

Media Baharu