fb fb fb fb fb

Nelayan hilang di perairan Kabong, satu jasad ditemui, identiti belum disahkan

Foto fail / BERNAMA

KABONG, 6 September - Satu jasad ditemui di kawasan pencarian dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Kabong sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, identiti mayat berkenaan masih belum disahkan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, mayat itu ditemui penduduk kampung pada pukul 9.58 pagi kira-kira 3.4 batu nautika dari lokasi kedua-dua mangsa dipercayai hilang.

Mayat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada 3 September lalu, dua beranak iaitu Aiman Tuah, 24 tahun, dan bapanya, Tuah Bujang, 57 tahun, keluar ke laut untuk menangkap ikan.

Keadaan laut bergelora serta hujan lebat pada hari kejadian dipercayai menyebabkan mereka gagal dihubungi, sebelum laporan polis dibuat pada keesokan harinya.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN