fb fb fb fb fb

Nelayan dilaporkan hilang, mayat ditemukan terapung pagi tadi

SAMARAHAN, 14 Oktober- Nelayan yang dilaporkan hilang di laut Kampung Semera Asajaya telah ditemukan pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mangsa, Faddrul Razie Zaini, 30 tahun ditemukan terapung di perairan Sampun, Asajaya Samarahan sekitar 6.30 pagi.


(Mayat Faddrul Razie Zaini ditemukan terapung di perairan Sampun pagi tadi di sini)

Mayat mangsa telah dibawa ke tempat selamat dan seterusnya dibawa ke Pusat Kawalan Bomba di Pintu Air Kampung Semera.

Mangsa juga disahkan oleh ahli keluarga dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan hilang sejak 12 Oktober lepas.

Media Baharu