SEREMBAN, 5 Okober- Kerajaan Negeri Sembilan mewajibkan setiap individu yang memohon lesen pemeliharaan anjing memandulkan haiwan tersebut sebagai langkah mengawal populasinya di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan J. Arul Kumar, satu perbincangan melibatkan bahagian kerajaan tempatan bersama badan bukan kerajaan (NGO) serta PBT bagi mencari penyelesaian mengatasi isu anjing liar yang berlaku di beberapa kawasan.
"Dengan adanya pemandulan ini sudah tentu kita dapat mengawal bilangan anjing tersebut dan untuk satu tempoh masa panjang isu gangguan anjing ini dapat dikurangkan.
"Isu gangguan anjing ini berkaitan dengan keselamatan tetapi juga melibatkan sensitiviti. Jadi kita ambil langkah pemandulan ini sebagai langkah terbaik terhadap isu ini," katanya dalam satu sidang di Wisma Negeri, di sini.
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) turut menganjurkan Kempen Pemandulan Anjing MBS 2023 bermula 1 September hingga 1 Disember 2023 pemilik haiwan itu untuk memandulkan haiwan peliharaannya.
(J. Arul Kumar)