fb fb fb fb fb

KUSKOP sedia terima pandangan usahawan berkenaan caj transaksi

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) tidak menerima sebarang aduan daripada para usahawan berhubung isu caj transaksi QR DuitNow yang akan dikenakan mulai 1 November ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya sentiasa bersedia menerima sebarang pandangan dan cadangan daripada pihak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) agar kebajikan mereka terjaga.

"Saya dan kementerian akan mengadakan keterlibatan berterusan dan akan adakan Hari Bertemu Pelanggan. Ia akan membuka peluang kepada syarikat-syarikat PMKS hadir ke kementerian dan memberikan pandangan serta cadangan mereka.

"Sekiranya perkara ini menjadi isu yang memberi implikasi, saya mengalu-alukan pandangan mereka", katanya selepas Majlis Pelancaran UEM EDGENTA VENDOR'S DAY 2023 di ibu negara.

Ewon turut menekankan pendigitalan merupakan komponen penting dalam pengoperasian keusahawanan selain usahawan perlu bersedia dengan perubahan bagi memperkasa pendigitalan dalam perniagaan.

Melalui program itu, KUSKOP telah menjalin kerjasama strategik bersama 29 syarikat, terdiri daripada pemain-pemain industri utama di negara ini.

(Ewon Benedick)

Media Baharu