fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan sedia pinda Undang-Undang Tubuh Negeri, larang wakil rakyat lompat parti

SEREMBAN, 4 Ogos- Kerajaan Negeri Sembilan bersedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan larangan wakil rakyat melompat parti dikuatkuasakan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri juga bersedia untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan perundangan berkaitan antilompat parti di negeri itu.

Tambahnya, pelaksanaan sidang khas tersebut bagaimanapun bergantung kepada tempoh proses untuk Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti diwartakan di peringkat Persekutuan.

Beliau dalam sidang media di Seremban berkata, agenda pindaan itu tidak akan dibawa pada persidangan DUN Negeri Sembilan yang dijadual pada minggu hadapan sebaliknya pada sidang DUN Belanjawan Negeri Sembilan yang dijangka pada penghujung Oktober nanti.

Terdahulu Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila RUU Antilompat Parti diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Media Baharu