fb fb fb fb fb

Banjir Baling: PPS Dewan Tun Abdul Razak ditutup

BALING, 4 Ogos- Sebuah pusat pemindahan sementara banjir PPS di Dewan Tun Abdul Razak, Baling telah ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Timbalan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam APM, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Dzuhaidy Khalil memaklumkan kesemua penduduk yang terjejas banjir yang ditempatkan di PPS itu telah dibenarkan pulang.

Menurutnya, hanya sebuah lagi PPS masih dibuka iaitu di PPS SK Tunku Puan Habsah, Baling.

PPS tersebut menempatkan empat keluarga membabitkan 13 penduduk yang terjejas banjir.


(Anggota APM melakukan tugas di PPS)

Media Baharu