fb fb fb fb fb

Rampasan haiwan: Tindakan diambil mengikut undang-undang- Perhilitan

GEORGE TOWN, 4 Ogos- Rampasan haiwan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah premis di Jelutong, Pulau Pinang pada Mac lalu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.

Justeru, tidak patut timbul isu kononnya jabatan terbabit bertindak sesuka hati.

Pengarahnya, Noraini Nasaruddin menegaskan terdapat beberapa kesalahan dikesan dalam operasi itu.

Antaranya, nama pemilik kedai berbeza daripada individu sebenar selain pelanggaran Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

"Jabatan Perhilitan Pulau Pinang sudah buat satu rampasan pada 25 Mac lalu ke atas satu premis , jadi kita mendapati kesemua hidupan liar yang ada di premis tersebut, dijual tanpa apa-apa dokumen yang sah daripada Jabatan Perhilitan sendiri, jadi itu yang menyebabkan kita rampas barang-barang tu," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa mahkamah telah mengeluarkan perintah pelupusan ke atas rampasan terbabit.

Sebarang tindakan lanjut akan dibuat berdasarkan nasihat Penasihat Undang-Undang jabatan.

Noraini mengulas dakwaan pemilik kedai terbabit yang mendakwa Jabatan Perhilitan tidak memberi makluman lanjut mengenai rampasan.

Dia juga mendakwa kerugian RM200,000 akibat operasi itu.


(FOTO FAIL)

Media Baharu