fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan sasar kemasukan pelabur menerusi pemberian diskaun premium tanah sebanyak 25%

SEREMBAN, 20 Januari - Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan diskaun premium tanah sepanjang tahun 2022 sehingga 25 peratus.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata diskaun 25 peratus diberi khusus kepada pemaju dan pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekaligus dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis kelulusan pembangunan tanah.

Pengurangan 15 peratus pula diberi kepada mereka yang menjelaskan bayaran dalam tempoh 60 hari kelulusan.

"Diskaun ini kita teruskan sehingga hujung tahun, kalau dulu kita buat secara 6 bulan 6 bulan tapi kali ini kita mahu pastikan, kita akan bantu bagi memastikan pembangunan negeri ini dapat berjalan dengan lancar.

"Maka, kita teruskan agenda tersebut dan harap dapat merangsang pelaburan masuk ke Negeri Sembilan," kata Aminuddin Harun.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban.

 

Media Baharu