JOHOR BHARU, 6 Januari- Negeri Johor contoh terbaik kepada negeri-negeri lain dalam pengurusan banjir terutama melibatkan persediaan pusat-pusat pemindahan sementara, PPS.
Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kerajaan negeri sudah bertindak awal dan sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir.
"Semua agensi memainkan peranan sekali gus membantu melancarkan operasi banjir di negeri ini,"
"Keadaan di Johor juga terkawal dan polis belum menerima sebarang laporan orang hilang atau kecurian," katanya dalam satu sidang media di Johor Bharu.
"Di Johor, terdapat 722 PPS yang mana jika berlaku banjir kita akan bertindak segera kerana sudah bersiap sedia untuk membawa peduduk terjejas," jelasnya lagi.
Setakat ini, polis Johor juga tidak menerima sebarang laporan balai-balai polis tenggelam di kawasan terlibat banjir.