fb fb fb fb fb

Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu banjir 20 Januari ini - PM

KUALA LUMPUR, 6 Januari - Satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan pada 20 Januari ini.

Mesyuarat itu bagi mendalami kesusahan rakyat yang terkesan ekoran musibah banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas tersebut diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Ia bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pascabanjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana itu. Pelaksanaan Mesyuarat Khas berkenaan telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah" katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, Mesyuarat Khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir.

Selain, platform terbaik untuk Ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu tersebut.Kali terakhir Mesyuarat Khas Parlimen diadakan pada Julai tahun lalu bertujuan memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan proklamasi darurat serta ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan

Media Baharu