fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan tumpu usaha pertingkat ekonomi pada 2024 - Anwar

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Duti import terhadap kertas akhbar dipertimbang untuk disemak semula.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bakal dibincang bersama Kementerian Kewangan.

Keputusan itu bakal memberi keseimbangan kepada industri media cetak dan pendapatan kerajaan.

Pertimbangan dilaksana susulan rungutan pihak industri media cetak yang mendakwa terbeban selepas pengilang dalam negara tidak lagi menjalankan perniagaan tersebut.

Justeru, mereka terpaksa mengimport kertas dari luar negara untuk cetakan akhbar.

Dalam pada itu, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan akan menumpukan kepada usaha untuk mempertingkatkan ekonomi pada 2024.

"Ketika ini negara berada pada landasan terbaik susulan keadaan politik yang stabil. Turut bakal jadi perhatian, sektor pendidikan dan perpaduan," kata Anwar kepada pemberita pada sesi dialog bersama Ketua Pengarang dan Editor Kanan Media di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM