fb fb fb fb fb

NCEMH perkasakan aktiviti kesejahteraan kesihatan mental di negara ini

(Foto fail)

CYBERJAYA, 18 Oktober- Simposium Kesihatan Mental Dalam Perpektif Islam diadakan buat julung kalinya bersempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun ini.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Selangor dan disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Matlamat simposium itu ialah mewujudkan pendekatan yang menyeluruh dengan menggabungkan elemen rawatan bagi pesakit mental dari segi ubat-ubatan, psikologikal serta sokongan sosial dan elemen kerohanian (psikospiritual).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, KKM mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) bagi memperkasakan aktiviti kesejahteraan kesihatan mental di negara ini.

"Penubuhan NCEMH adalah sebagai salah satu langkah penting bagi memenuhi keperluan dan meminimumkan jurang perkhidmatan kesihatan mental melalui penggabungan komponen kesihatan awam, perubatan serta penyelidikan. Ini juga akan membolehkan perkongsian sumber manusia dapat dicapai dari segi kepakaran dalam bidang kesihatan mental untuk menterjemahkan dapatan penyelidikan bagi pembangunan dasar negara kita," kata Noor Hisham dalam ucapan perasmian Simposium Kesihatan Mental Dalam Perpektif Islam di sini.

Tema sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun ini ialah ‘Kesihatan dan Kesejahteraan Mental Keutamaan Global’ dan selari dengan tema yang telah ditetapkan oleh WHO iaitu “Make Mental Health & Well Being for All a Global Priority”.

(Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham ucapan perasmian Simposium Kesihatan Mental
Dalam Perpektif Islam)

Media Baharu