fb fb fb fb fb

Nasional FM bersiaran 76 jam sempena 76 tahun RTM

(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud)

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Sempena sambutan Hari RTM ke-76 , Nasional FM bersiaran selama 76 jam tanpa henti dalam program khas disertai 76 penyampai radio RTM seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud program bermula Selasa lalu sehingga esok (1 April)

"Simbolik di sebalik bersiaran 76 jam ini adalah mengambil ulang tahun RTM selama ini tempoh 76 tahun.

"Tempoh masa lama mencerminkan tempoh kematangan dan saya kira ia adalah fasa hala tuju RTM menjalankan khidmat cemerlang demi negara," katanya.

(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud (kanan sekali) di konti Nasional FM)

Sementara itu, Pengurus Nasional FM, Salbiah Mohd Sharif program ini berkonsepkan Keluarga Malaysia dengan mengambungkan semua stesen radio seluruh negara.

"Siaran bermula 6 pagi 29 Mac yang lepas sehingga 10 pagi 1 April Hari RTM adalah kira detik 76 jam bersiaran bagi 76 tahun RTM.

"Genap 76 jam bersiaran s bersama dengan penyampai-penyampai stesen negeri dari Perlis sampai ke Sabah, kita himpunkan 34 stesen," katanya.


Media Baharu