fb fb fb fb fb

Dua produk kosmetik beracun

(Notifikasi produk-produk kosmetik yang dibatalkan oleh
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerrian Kesihatan
dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia/FOTO FB KKM)


KUALA LUMPUR, 31 Mac- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan racun berjadual iaitu merkuri di dalam produk kosmetik melibatkan LS Repairing Cream dan Luffiya Treatment Foundation

Pengarah Kanan Perkhidmatan FarmasiNorhaliza binti A Halim berkata, susulan itu, notifikasi produk-produk kosmetik tersebut dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerrian Kesihatan dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Menurutnya, penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta, manakala penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

(Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya
serta-merta/FOTO FB KKM
)


“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan berkenaan menyebut, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan serta boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf.

Media Baharu