Najib teruskan permohonan rayuan hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara

Datuk Seri Najib Razak/BERNAMA

PUTRAJAYA, 13 MacDatuk Seri Najib Razak bertegas untuk meneruskan rayuan dalam usaha mendapat kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh atas dakwaan menghina mahkamah berkaitan titah adendum.

RINGKASAN BERITA AI
  • Didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan: Datuk Lim Chong Fong, Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Nadzarin Wok Nordin.
  • Chong Fong berpandangan kepentingan bahan bukti berkait dengan permohonan semakan kehakiman berkaitan tahanan rumah yang masih dalam rayuan.
  • Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak memaklumkan pendirian mereka terhadap rayuan.
  • Pada 4 September 2025, Hakim Tinggi Alice Loke menolak permohonan Najib; mendapati tiada kes prima facie dan permohonan adalah spekulasi.

Rayuan berkenaan didengar di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Lim Chong Fong, yang bersidang bersama-sama Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Nadzarin Wok Nordin.

Chong Fong berpendapat bahawa kepentingan bahan bukti dalam permohonan itu berkait dengan permohonan semakan kehakiman tahanan rumah, yang juga dalam peringkat rayuan dan masih menunggu untuk didengar di Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Mac ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan pihak-pihak memaklumkan pendirian mereka terhadap rayuan berkenaan.

Pada 4 September 2025, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching menolak keputusan permohonannnya agar tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap Ahmad Terrirudin yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan berhubung dakwaan menyembunyikan titah adendum yang didakwa membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Dalam penghakimannya, Loke berkata Datuk Seri Najib gagal membuktikan kes prima facie berkaitan tindakan menghina mahkamah dan permohonan itu adalah berdasarkan spekulasi semata-mata.