fb fb fb fb fb

Najib mempunyai kuasa buat keputusan 1MDB, kata Ahmad Husni

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Perbicaraan kes 1MDB, Bekas Menteri Kewangan dua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, 70, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan apa apa urusan mengenai 1MDB.

Pada Prosiding pagi tadi, Datuk Seri Ahmad Husni berkata beliau pernah meluahkan kebimbangan terhadap projek 1MDB kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Pada 2009, saya beritahu Najib bahawa 1MDB tidak boleh ditubuhkan tanpa kajian kebolehlaksanaan, yang Najib mengatakan bahawa beliau akan meneruskan (penubuhan syarikat pelaburan itu) dan memintanya agar tidak masuk campur. 


(Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini)

“Berhubung projek usaha sama dengan PSI, saya beritahu beliau yang pertama, masih belum ada telaga minyak lagi. Jika tiada minyak, bermakna kita akan hilang pelaburan, 1MDB tidak mempunyai rekod prestasi dalam petroleum. Saya juga beritahu beliau bahawa 1MDB tidak ada pengalaman dalam bidang cari gali minyak dan sepatutnya diserahkan kepada Petronas.

“Tetapi beliau beritahu saya agar tidak campur tangan lagi. Itu menunjukkan beliau mempunyai kuasa kerana tiada perbincangan,” katanya ketika sesi pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan Najib berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Ini dapat dilihat apabila bekas perdana menteri itu masih meneruskan projek usahasama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd.

Bekas bendahari UMNO turut memaklumkan 1MDB tidak sepatutnya ditubuhkan kerana tanpa kajian kebolehlaksanaan.

Antara tujuan kajian itu adalah untuk membuat penilaian praktikal terhadap cadangan projek serta risiko dari segi perniagaan dan kewangan.

Datuk Seri Najib Razak berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Media Baharu