fb fb fb fb fb

Naik taraf sistem perparitan seluruh negara: 3 fokus utama diberi perhatian

KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Tiga fokus utama diberi perhatian dalam menaik taraf sistem perparitan sedia ada di seluruh negara.

Selain mengurangkan risiko banjir, ia juga bertujuan mengelak berlakunya banjir besar terutama di negeri-negeri yang sering dilanda banjir setiap tahun.

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiga fokus utama itu ialah amaran awal banjir, pencegahan kawasan sering berlaku banjir dan menyediakan kemudahan seperti pam bergerak di kawasan yang dikenal pasti.

(Datuk Seri Tuan Ibrahim pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke tapak cadangan projek menaik taraf parit tanah kepada longkang konkrit/BERNAMA)

Keutamaan diberi kepada negeri yang sering berlaku banjir seperti Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang dan Selangor.

"Fokus utama di peringkat kementerian ialah menyediakan langkah langkah mitigasi perubahan iklim.

"Kita anggarkan bahawa RM10 bilion peruntukan untuk kita naik taraf seluruh sistem kita, sebab banjir hampir setiap tahun berlaku dan kita kerugian besar setiap kali banjir. Jadi penyelesaian (peruntukan) secara sekali beri ini akan dilaksanakan," kata Tuan Ibrahim ketika ditemui selepas membuat tinjauan ke kawasan sistem perparitan di Kampung Kubang Parit, di sini

Sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan bagi penyambungan dan menyiapkan projek sistem perparitan sedia ada sepanjang satu kilometer yang akan melibatkan pengambilan tanah dan sebagainya.

Media Baharu