fb fb fb fb fb

ANGKASA, NAFAS sedia bantu atasi isu bekalan ayam, telur dan minyak masak

KUANTAN, 24 Februari - Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mampu mengatasi isu kekurangan bekalan ayam, telur dan minyak masak sekiranya diberi peluang menjadi pembekal.

Selain memiliki rangkaian luas, NAFAS dan ANGKASA berpengalaman menguruskan import dan eksport pelbagai barangan.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA dan NAFAS sedia bekerjasama membantu kerajaan mengatasi masalah kekurangan bekalan.

ANGKASA mempunyai 3 ribu premis yang membolehkan golongan B40 terus membeli barang pada harga berpatutan.

Manakala NAFAS memiliki 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

"Perkara yang kita bincangkan ini dengan Datuk Zamri, ahli peladang di peringkat lapangan adalah pengeluar penternak jadi macam mana NAFAS dan ANGKASA boleh atur pengeluaran mengikut permintaan.

"Kalau ini dapat dibuat isu bila ada Hari Raya, bekalan ayam bekalan telur tak cukup tak timbul," kata Abdul Fattah kepada media di Kuantan.

Sementara itu, Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob berkata, masalah bekalan ayam dan telur disebabkan penternak tidak mampu menyerap kos operasi.

Media Baharu