fb fb fb fb fb

Naik taraf, baik pulih fasiliti, JBPM Melaka terima peruntukan RM2.4 juta

BUKIT KATIL, 9 Mei- Peruntukan RM2.4 juta diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka bagi menaik taraf 11 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk kuarters milik jabatan berkenaan di seluruh negeri itu.

Pengarahnya, Abu Bakar Katain berkata proses menaik taraf kemudahan balai dan kuarters terbabit akan dijalankan dalam tempoh terdekat.

"Peruntukan naik tarafa fasiliti kebombaan melibatkan seluruh BBP Melaka dan kuarters jabatan, kita dapat lebih kurang RM2.4 juta.

Kita naik taraf dan membuat pembaikan terhadap kemudahan balai dan kuarters di Melaka ini. Kita dalam proses panggilan sebut harga dan juga tender," kata Abu Bakar pada sidang media di Bukit Katil.

Dalam pada itu, katanya BPP Melaka Tengah atau Jalan Kubu dipilih antara 69 BBP berusia 50 tahun di seluruh negara yang perlu dinaik taraf dengan peruntukkan kira-kira RM4 juta.

Peruntukan itu membabitkan kerja menaik taraf sebahagian bangunan BBP untuk dijadikan Muzium Bomba selain menambah baik fasiliti balai terbabit.


(Pengarah JBPM Melaka, PPjB Abu Bakar Katain)

Media Baharu