fb fb fb fb fb

Nahas empat kenderaan, seorang maut di Samarahan

FOTO JBPM SARAWAK

KUCHING, 7 Oktober- Seorang penunggang motosikal maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Samarahan Road Bypass, Stutong Baru, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kemalangan itu melibatkan dua motosikal dan dua kereta yang datang dari arah bertentangan.

Penunggang motosikal, Mohd Irfan Waiz, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala tujuh mangsa lain mengalami kecederaan ringan.

Mangsa cedera telah menerima rawatan awal oleh Unit EMRS sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut di hospital.

Panggilan kecemasan diterima pada 9.24 pagi dan operasi penyelamatan digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samarahan dengan kekuatan tujuh anggota serta dua jentera — satu FRT dan satu EMRS.

Kes kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

SITI AISHAH BINTI MD ISA