fb fb fb fb fb

NADMA pantau situasi dan operasi banjir di negeri-negeri terlibat

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 16 November - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memantau situasi dan perjalanan operasi banjir yang melanda beberapa negeri.

Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (KS) NADMA, Muhammad Fauzie Ismail menjelaskan, NADMA telah melaksanakan beberapa latih amal dan simulasi bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di negeri-negeri dan daerah di seluruh negara.

Ini bagi memastikan kerjasama dan setiap urusan berkaitan bencana banjir khususnya dapat berjalan dengan lancar.

(Muhammad Fauzie Ismail)

"Ini antara persiapan yang kita buat untuk memastikan agensi melalui pusat kawalan operasi bencana ini dapat diselaraskan dengan baik. Sekiranya berlaku bencana nanti mereka dapat bekerjasama bagi memastikan segala kerja berkaitan dengan pengurusan bencana, sebagai contoh membawa mangsa ke pusat pemindahan, pengurusan mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan dapat dilaksanakan dengan baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Sementara itu Fauzie berkata mana-mana badan bukan kerajaan yang ingin menyalurkan bantuan dinasihatkan untuk membuat penyelarasan bersama PKOB di negeri dan daerah agar tiada lambakan bantuan berlaku.

Media Baharu