fb fb fb fb fb

MyTV sedang naik taraf perkhidmatan, siaran boleh ditonton menerusi peranti

(Mesyuarat Koordinasi MyTV berlangsung selama dua hari di Kuching)

KUCHING, 21 Ogos- MyTV akan mempertingkatkan promosi siaran rakan-rakan strategiknya termasuk RTM, bagi memberi kesan kepada kandungan siaran.

Pengurus Pemasaran, Penjenamaan dan Komunikasi MyTV Yarnizulaili Razali memberitahu persetujuan mengenai langkah tersebut dicapai pada mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bersama rakan-rakan penyiaran di Kuching.

Jelasnya capaian MyTV di TV digital kini cukup baik termasuk di kawasan luar bandar menerusi piring satelit yang menawarkan 17 siaran tv dan 10 siaran radio secara percuma.

Bagaimanapun katanya untuk set tv bukan digital, siaran MyTV masih boleh ditonton menerusi dekoder digital.

"Dalam program ini juga kami telah memberikan lebih banyak penekanan dalam pelan promosi kepada rakan-rakan strategik penyiar di mana kandungan mereka akan diperluaskan menerusi pelan promosi masing-masing"

Ditemui RTM selepas mesyuarat Koordinasi di sebuah hotel terkemuka di Kuching, beliau turut mendedahkan MyTV kini masih dalam proses menaiktaraf perkhidmatan untuk membolehkan siaran ditonton menerusi peranti selain TV.

Mesyuarat khas yang berlangsung dua hari itu bagi memaklumkan tentang kemajuan sistem siaran oleh pembekal siaran berdefinisi tinggi, MyTV, di seluruh negara bersama TV Al-Hijrah, Bernama dan RTM.


(Pengurus Pemasaran, Penjenamaan dan Komunikasi MyTV Yarnizulaili Razali)

Media Baharu