fb fb fb fb fb

MyCARE kumpul RM11 juta bantu rakyat Palestin

Pengerusi MyCARE, Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha

JOHOR BAHRU, 24 Disember- Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) komited membina semula Gaza menerusi kempen bantuan-bantuan yang diberikan pelbagai pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, RM11 juta berjaya dikumpulkan, dengan RM5.3 juta sudah diperuntukkan setakat ini, untuk membantu pelarian Gaza. Bakinya disalur secara berperingkat.

Sebanyak RM2 juta dibelanjakan bagi membeli 500 khemah dan dua ambulans untuk 1.8 juta pelarian di Gaza yang memerlukan tempat berlindung ketika ini.

Ketika ini, pembelian khemah sedang dipergiat, manakala dua ambulans itu akan diterima dalam waktu terdekat.

"Jadi MyCARE membuat keputusan kita bincang kita akan membeli khemah shelter dan akan hantar pastikan insya-Allah ke Gaza supaya ada tempat berteduh untuk rakyat Palestin ada tempat berteduh untuk anak-anak kecil dalam menghadapi musim sejuk ini", katanya kepada media di sini.

"Ini merupakan penghantaran langsung daripada Mesir, sebelum ini melalui Humanitarian Care Malaysia juga sumbangan Econsave dimanfaatkan disalurkan melalui pejabat kita di Gaza dalam bentuk perubatan dan sebagainya yang dilaksanakan terus di Gaza oleh ibu pejabat kita di Gaza, sukarelawan kita di Gaza", Ketua Misi Kemanusiaan Dr Mohd Zin Kandar.

Sementara itu, pihak Pasaraya Econsave juga menyerahkan 1,500 karton air mineral dan makanan ringan.

Menurut Pengurus Besar Pasaraya Econsave Mas imran adam, pasar raya tersebut mempunyai kerjasama dengan MyCARE dan telah melancarkan tabung kecemasan Gaza yang berjaya mengumpul sebanyak RM350,000 serta telah disalurkan kepada MyCARE.

Ketika ini, hanya mobil klinik yang memberi rawatan segera digunakan bagi tujuan kecemasan.

ROSLINA BINTI DIN