fb fb fb fb fb

MYAirline tumpu usaha pulang balik wang pelanggan, bayar gaji pekerja

(FOTO FAIL)

SUBANG JAYA, 16 Oktober - MYAirline akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu memulangkan wang pelanggan dan membayar gaji pekerja.

Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline, Datuk Seri Azharuddin A Rahman berkata pihaknya optimis untuk mendapatkan pelaburan baharu bagi memastikan syarikat itu terus beroperasi.

Katanya, jangkaan RM22 juta diperlukan bagi tujuan bayaran balik kepada 125,000 penumpang yang terjejas.

(Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline, Datuk Sri Azharuddin A Rahman)

"Proses pembayaran balik kepada penumpang akan dilakukan selepas perbincangan dengan pelabur berjaya. Selepas kami dapatkan wang kami akan terus membuat bayaran palik kepada penumpang," katanya pada sidang media mengenai status semasa MYAirline di ibu pejabatnya, di sini.

Tambah Azharuddin, kurangnya pelan kontigensi setelah penarikan pelabur antara faktor penggantungan syarikat penerbangan itu.

Azharuddin turut menggalakkan semua penumpang yang terjejas menghubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan talian hotline di 03-8966 2522 yang beroperasi dari 7 pagi hingga 6 petang setiap hari bagi memudahkan proses pembayaran balik dan memberikan bantuan yang diperlukan.

Media Baharu