KUALA TERENGGANU, 4 Januari- Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dan tidak melakukan aktiviti air sepanjang musim tengkujuh.
Peringatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Terengganu itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berulang.
Ia susulan seorang individu lemas, selepas bot dinaiki bersama dua rakan terbalik ketika memukat ikan di Ladang Rakyat, Mak Lagam dekat Kemaman.
"Pada awal tahun baru ini kita disambut dengan kehilangan seorang mangsa yang sedang memukat ikan di cheneh dan ini adalah mangsa yang pertama gelombang ketiga di Terengganu dan kita minta supaya angka ini tidak berubah kekal dengan satu dan Insya-Allah kita doa sama-sama supaya sampai ke bulan tiga nanti mangsa kekal satu", jelas Pengarah JBPM Terengganu Md Hilman Abd Rashid.
Terdahulu Md Hilman membuat rondaan bagi memantau air pasang besar di Kampung Duyong, Kuala Terengganu.