HULU LANGAT, 4 Januari - Seramai 800 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terjejas banjir telah dikenal pasti di seluruh negara.
Justeru, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan menyalurkan bantuan bagi meringkankan beban mereka yang terlibat.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, kementeriannya akan memastikan kesemua veteran ATM yang terjejas tidak akan tercicir daripada menerima bantuan.
"Kita akan cuba membantu, disamping agensi-agensi telah dikenalpasti. Kita juga turut tampil untuk membantu khususnya dikalangan anggota veteran dan anggota tentera", kata Ikmal semasa turun padang memberi sumbangan kepada veteran ATM yang terjejas banjir di Taman Sri Nanding.
Selain lawatan kebajikan, sumbangan diberikan merangkumi peralatan elektrik, kotak makanan dan sejumlah wang tunai.
Turut hadir, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain Ahmad dan Pengarah JHEV ATM Selangor, Kdr Azman Yusof.