KUALA TERENGGANU, 4 Januari - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyasarkan kira-kira 40,000 individu bekerja sendiri di Terengganu bakal menikmati insentif 80 peratus dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri-SKSPS pada tahun ini.
Manakala sasaran pencarum di seluruh negara untuk skim tersebut adalah seramai 600,000 individu.
Pengarah Perkeso Negeri Terengganu, Farihah Che Husin berkata menerusi insentif pelan caruman RM232.80 itu, pencarum hanya perlu membayar 20% atau RM46.60 sahaja dengan bakinya 80% atau RM186.20 ditanggung kerajaan melibatkan perlindungan selama setahun.
"Untuk memudahkan dan melancarkan padanan caruman ini, kita akan menganjurkan program bersama media Terengganu dalam masa terdekat,” kata Farihah.