fb fb fb fb fb

Murid meninggal dunia, KPM batal kejohanan ragbi

Foto Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Ia susulan kejadian peserta yang meninggal dunia secara mengejut, semalam.

KPM dalam kenyataan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid tersebut.

Jelas kenyataan itu, keputusan membatalkan kejohanan sehingga esok dan menjadualkan semula perlawanan pada tarikh baharu adalah bagi menghormati pemergian murid tersebut.

“Allahyarham yang rebah ketika perlawanan, telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

EMMI NORALIZA ADNAN