fb fb fb fb fb

Murid belum kuasai 3M, bakal ikuti program intervensi literasi dan numerasi - KPPM

Foto Fail

PUTRAJAYA, 18 Mac- Pengesanan literasi dan numerasi murid Tahun 1 akan dilaksanakan bagi mengenal pasti murid yang belum menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan berkata langkah itu akan dilaksanakan setelah murid mengikuti persekolahan selama tiga bulan.

"Dalam tempoh tiga bulan ini guru-guru akan melaksanakan pentaksiran bilik darjah dan mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam literasi dan numerasi."

"Selepas itu, murid-murid berkenaan akan terlibat dengan program intervensi, bagi membolehkan mereka membina keyakinan diri dan belajar berkomunikasi dengan lebih berkesan," kata Azman Adnan dalam sidang media khas berhubung Intervensi Kurikulum, di sini.

Pelaksanaan tersebut menyasarkan kepada murid yang memerlukan intervensi awal, bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan gaya pembelajaran mereka.

Program berkenaan akan bermula pada bulan Julai sehingga September bagi semua murid tahun 1.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM