PUTRAJAYA, 9 Mac- Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Kenderaan membwa beliau tiba pada pukul 11.15 pagi.
Bekas Perdana Menteri itu dipercayai akan memberi keterangan berhubung siasatan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
(Antara yang hadir memberi sokongan di SPRM, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,
dan Datuk Seri Hamzah Zainudin)
Lebih 200 penyokong parti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sudah berkumpul di luar perkarangan bangunan SPRM sejak pukul 9 pagi bagi memberi sokongan kepada Pengerusi PN itu.
Antara kepimpinan PN yang hadir termasuklah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu, Setiausaha Agung Bersatu dan PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pada Khamis, Presiden Bersatu itu mengesahkan beliau telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan.