fb fb fb fb fb

Johor setuju isytihar cuti ganti, 26 Mac

JOHOR BAHRU, 9 Mac- Kerajaan Johor setuju mengisytiharkan hari kelepasan am atau cuti ganti pada 26 Mac.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, cuti ganti itu dilaksanakan jika awal Ramadan yang juga hari kelepasan am negeri itu, jatuh pada 23 Mac.

“Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 Mac 2023 (Khamis) merupakan hari kelepasan am bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

“Dan sekiranya awal Ramadan yang juga merupakan hari kelepasan am bagi Negeri Johor, jatuh pada tarikh yang sama, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac 2023 (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Persetujuan cuti ganti itu selaras dengan Seksyen 3, Akta hari kelepasan Negeri 1951 (Akta 369).

(Foto hiasan)

Media Baharu