fb fb fb fb fb

Imigresen Johor tahan 11 warga asing

PASIR GUDANG, 9 Mac- Jabatan Imigresen Negeri Johor menahan 11 warga asing menerusi operasi bersepadu dijalankan bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sekitar Pasir Gudang, pukul 9 .00 malam pada Rabu.

MBPG turut mengeluarkan tiga notis kompaun kepada pemilik premis kerana meletakkan barangan perniagaan atau cop parkir di tempat awam tanpa permit.

Datuk Bandar Pasir Gudang Datuk Ashman Shah Abdul Rahman menerusi kenyataannya memberitahu, "operasi tertumpu kepada premis yang menggunakan khidmat atau menggajikan pekerja asing tanpa permit sah, tiada dokumen dan tinggal lebih masa."

MBPG turut menyemak lesen perniagaan ke atas empat premis terlibat bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan syarat-syarat kelulusan lessen yang diberikan.

Tindakan kompaun diambil mengikut Seksyen 46(1)(D) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Imigresen 1959/63.

(Ashman Shah Abdul Rahman)

Media Baharu