fb fb fb fb fb

Balai Polis Chaah, Panchor dan Pondok Polis Lenga belum beroperasi

JOHOR BAHRU, 9 Mac- Dua balai dan satu pondok polis masih belum beroperasi susulan banjir di Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, "ia melibatkan Balai Polis Chaah di Segamat, Balai Polis Panchor dan Pondok Polis Lenga, Muar."

Operasi dihentikan sementara berikutan pelbagai aset dan kelengkapan rosak.

Katanya, polis akan membuat penilaian kerugian sebaik keadaan pulih.

"Kita tutup sementara balai tersebut, Balai Chaah pun masih tutup kerana infra dia habis. Sambungan elektrik turut dipotong bagi mengelakkan ancaman bahaya.

"Balai Panchor turut dihentikan operasinya," katanya selepas melancarkan Majlis Pelancaran Bantuan Pasca Banjir Polis Johor di IPK Johor Bahru.

Seramai 150 pegawai dan anggota polis Johor ke Kluang hari ini bagi membantu membersihkan perumahan polis dan penduduk terjejas daerah itu.

(Kamarul Zaman Mamat)

Media Baharu