fb fb fb fb fb

JAKIM mengalukan lantikan bekas Mufti Johor sebagai Pengerusi MKI baharu

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengalu-alukan pelantikan bekas Mufti Johor, Datuk Dr Nooh Gadut sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang baharu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff menerusi satu kenyataan memaklumkan, JAKIM menaruh keyakinan beliau akan dapat membantu mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di negara ini.

Katanya, ini berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti beliau sebagai Mufti Johor sebelum ini serta penglibatan secara langsung dalam institusi kefatwaan.

Datuk Hakimah yang juga Setiausaha MKI berkata, watikah pelantikan Datuk Dr Nooh telah disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Pengerusi MKI, semalam.

Datuk Dr Nooh Gadot

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 pada 30 Jun lalu telah berkenan dengan pelantikan ini yang berkuatkuasa mulai 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun2024.

Datuk Dr Nooh menggantikan tempat Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menjawat jawatan Pengerusi MKI sejak 2017.

Media Baharu