fb fb fb fb fb

JBPM siap siaga musim kemarau

ALOR SETAR, 16 Ogos- Aset dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah siap siaga bagi menghadapi musim kemarau yang lazimnya berlaku antara bulan Mei hingga September depan.

Ketua Pengarah JPBM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata meskipun cuaca di Malaysia kini dalam keadaan tidak menentu namun pihaknya sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk bencana yang mungkin terjadi.


(Ketua Pengarah JPBM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

"JBPM sentiasa memantau keadaan cuaca serta mendapatkan informasi daripada agensi berkaitan sebagai persediaan menghadapi musim kemarau selain telah
mengenal pasti beberapa ‘hotspot’ di seluruh negara antaranya Selangor, Pahang, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 serta Penyampaian Sijil 30 Tahun Perkhidmatan JBPM Negeri Kedah dan Perlis di sini.

Aset-Aset untuk pemadaman kebakaran juga telah diletakkan di pangkalan dan barisan hadapan kawasan ‘hotspot’ bagi memudah dan mempercepat proses pemadaman.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengarah JBPM Kedah Sayani Saidon dan Pengarah JBPM Perlis Ruhisha Haris.

Media Baharu