fb fb fb fb fb

Muat turun bahan dari internet tidak sepatutnya terlalu lama - Annuar

(Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berucap pada majlis iftar/BERNAMA)

IPOH, 21 April - Agensi atau penggiat industri seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu turun padang, untuk memastikan masalah kelajuan Internet diatasi dari pelbagai sudut, termasuk pelantikan kontraktor dan menambah baik menara telekomunikasi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, ketika negara sedang bergerak ke arah pembangunan teknologi 5G, masalah memuat turun bahan dan kandungan internet hingga mengambil masa begitu lama tidak seharusnya berlaku.

(Foto fail)

 

“Ada banyak tempat yang saya buat ujian kelajuan dan didapati memang rendah seperti di Felda Kahang Barat, Kluang, Johor sebelum ini, hanya 12 Mbps sahaja. Bagaimana pelajar ingin memuat naik bahan kalau asyik keluar ‘donat’, dan berputar sahaja”.

“Kesian juga peniaga dalam talian, kerana berbuih kita berkempen untuk perniagaan dalam talian, tetapi internet sendiri tidak lancar. Kita tidak boleh menjadi kerajaan yang bercakap sahaja, tetapi tidak nampak hasilnya.

“Kita kena pastikan kerajaan berprestasi dalam setiap bidang. Apa guna kita bercakap itu ini, tetapi rakyat masih tunggu perkhidmatan internet yang memuaskan. Kehidupan kini tidak akan lengkap dan sempurna tanpa internet yang bagus, “ katanya ketika berucap dalam satu majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Ujar beliau, pihak yang dilantik perlu menyiapkan pelan dirancang sebaik-baiknya, supaya hasrat menyediakan perkhidmatan 100% capaian internet kepada kawasan berpenduduk menjelang 2025 dapat dijayakan.

Media Baharu