fb fb fb fb fb

Malaysia-Jepun sependapat isu pencerobohan negara berdaulat

PUTRAJAYA, 21 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau bersependapat dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida berhubung isu pencerobohan sesebuah negara terhadap mana-mana negara berdaulat.

Dua pemimpin tersebut yang berhubung melalui panggilan telefon SEMALAM menyifatkan tindakan pencerobohan adalah tidak wajar dan patut dikecam sekeras-kerasnya.

Dalam satu kenyataan Perdana Menteri menegaskan sebagai anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), pendirian Malaysia ialah kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana negara yang berkonflik.

(Foto FB Ismail Sabri)

Ismail Sabri turut memaklumkan Malaysia menyokong proses dialog dan rundingan yang berasaskan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Berhubung sekatan terhadap Rusia, beliau berkata tindakan itu mesti berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan PBB dan tidak dibuat secara unilateral.

Malaysia pada masa sama menegaskan negara-negara kuasa besar perlu memfokuskan kepada isu pelarian Ukraine yang kini sudah melebihi 4 juta orang.

Media Baharu