fb fb fb fb fb

Muat naik video kanak-kanak, MCMC sedang kerjasama PDRM - Fahmi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 September- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan terhadap seorang pemandu bas yang memuat naik video dan menyiarkan gambar kanak-kanak yang dibawanya menerusi platform TikTok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata MCMC telah berhubung dengan TikTok untuk melakukan pemeliharaan data bagi memastikan segala maklumat yang diperlukan PDRM diperoleh.

"Kandungan yang telah dihasilkan membolehkan komen-komen yang kalau diteliti agak merisaukan dan membimbangkan.

"Trend mereka yang mengikuti, menonton kandungan seperti ini, kita juga tidak tahu berapa banyak akaun lain yang serupa seperti akaun ini yang terdapat dalam TikTok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Dengan Ancaman Dalam Talian 2024 di sini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata beliau juga akan berhubung dengan Menteri Pendidikan bagi memastikan guru memahami isu berkenaan kandungan media sosial melibatkan kanak-kanak.

Polis hari ini menahan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang memuat naik video dan gambar kanak-kanak di dalam bas di Simpang Renggam, Kluang, pada pukul 2.57 pagi dan merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakannya untuk siasatan lanjut.

BERITA BERKAITAN:

 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM