fb fb fb fb fb

MTUN fokus keusahawanan dalam kalangan graduan

PAUH, 28 Oktober- Malaysian Technical University Network (MTUN) disaran memfokuskan kepada misi membangun ekosistem keusahawanan yang mampan dan berdaya saing di universiti.

Program perniagaan dan keusahawanan perlu dioptimumkan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran merancang dan menyertai peluang perniagaan dan keusahawanan sebelum bergraduasi.

Menerusi inisiatif ini, ia menyumbang kepada kelangsungan graduan TVET dalam dunia sebenar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP bertitah graduan kini berhadapan dengan cabaran memasuki bidang pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang diikuti di universiti.

"Selain itu, pasaran pekerjaan juga kini telah berubah dengan munculnya pelbagai kerjaya baru dengan penguasaan pengetahuan dan kemahiran baru yang perlu dikuasai oleh semua graduan," titah baginda ketika merasmikan “Elsevier-MTUN Symposium 2022” yang diadakan di Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar bersama tetamu
pada Program “Elsevier-MTUN Symposium 2022”)

Antara universiti-universiti MTUN negara yang terlibat ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional kini diberi keutamaan daripada program persijilan pada peringkat sekolah kepada pengajian tinggi dan disemarakkan melalui penawaran program teknologi di MTUN.

Media Baharu