fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kedah turun kepada 6,439 orang petang ini

Foto Hiasan/ BERNAMA

ALOR SETAR, 24 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah yang ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 6,439 orang daripada 2,062 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 6,804 orang daripada 2,173 keluarga pagi tadi.

Mengikut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar masih merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu seramai 4,549 orang daripada 1,478 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS sejak Rabu lepas.

Daerah Pendang pula mencatatkan seramai 1,606 orang daripada 490 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS, diikuti Kubang Pasu seramai 225 orang daripada 70 keluarga di dua PPS dan Pokok Sena seramai 59 orang daripada 24 keluarga di satu PPS.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan hanya Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu yang mencatatkan para air melebihi tahap bahaya iaitu 22.14 meter.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI