fb fb fb fb fb

Agong berangkat pulang selepas lawatan empat hari ke Singapura

SINGAPURA, 28 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke tanah air selepas selesai melakukan Lawatan Negara di Singapura selama empat hari.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sekitar pukul 10 pagi.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua disambut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura, Grace Fu.

Turut mengiringi keberangkatan pulang Seri Paduka berdua ialah delegasi Malaysia.

(Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
tiba di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sekitar pukul 10 pagi)

Lawatan Negara Al-Sultan Abdullah bermula Selasa lalu bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala yang rapat dan istimewa di antara Malaysia dan Singapura, bermula sejak 57 tahun lalu.

Seri Paduka Baginda berdua serta delegasi dijadual berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11 pagi.

Media Baharu